Sunday, 5 May 2013

Rahsia Pemikiran Lelaki

Perihal Lelaki #1

“Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”

Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri. Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap! Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus! Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.
Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya. Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!

Perihal Lelaki #2

“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”

Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih. Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam. Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe…
“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”
Tak usah lah sayamg… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…boring la beb. MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”

Perihal Lelaki #3

Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”

So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.
Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.
Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!

Perihal Lelaki #4

“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”

Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!
So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!
Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain…
Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka…
Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!
Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda.
So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…

Perihal Lelaki #5

“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”

Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.
#ps: Ada kebenaran juga...
Sumber: http://penpatah.blogspot.com/2012/06/rahsia-pemikiran-seorang-lelaki.html

Sunday, 28 April 2013

:: End of April ::

Hampir sebulanku tak mengemaskini blog ini. Sangat sibuk dengan komitmen lain. Assignments, discussions, camp, exam and interview dan juga tesis. Hari-hari dan minggu-minggu yang sangat memenatkan dan stress kini dah berlalu. Now, boleh bernafas dengan lancar.

Khamis lalu merupakan minggu yang sangat menyeronokkan bagiku. Sewaktu presentation, satu-satunya group yang tidak diberi komen. Penyediaan pembentangan yang sangat baik dan kreatif kata Dr dan penyampaian yang sangat berkesan. Sooo, happy. Bayangkan setelah ambil masa menyediakan slides yang mengambil beberapa jam. Wahh!! Stress dan kepenatan berbayar. Thanks God!!!

Now, I concentrated to my thesis. Aku tak sabar nak menyiapkannya. Tak sabar nak lihat buku yang aku hasilkan sendiri. Mungkin, kurang baik atau kurang memuaskan pada pandangan orang lain tetapi aku puas sebab aku dah lakukan yang terbaik dan usaha serta pengorbanan yang tak mampu aku bayangkan. Bukan nak berkira tetapi aku percaya bahawa aku dah buat yang terbaik. 

Tinggal 2 bulan lagi nak habiskan pengajian. Tak sabar rasanya tetapi aku nervous dan risau pula di luar sana. Adakah aku dapat menyesuaikan diri dengan dunia pekerjaan sebenar. Aku pasti. I can do it!! ChayoChayo!! 

My lecturer and My Supervisor told me something 2 weeks ago. "The peoples never aware what and about their potential until their do something that haven't any confidence to do it well" or kita or manusia takkan mengetahui potensi mereka sehingga mereka berjaya melalukan sesuatu yang mereka fikirkan tidak boleh. Itu akan menjadikan mereka lebih yakin terhadap diri sendiri dan paling penting internal motivation untuk go ahead. Kekal dan tersimpan selamanya menjadi pengalaman yang sangat berharga. Pengalaman merupakan aspek yang membezakan seseorang dengan orang lain. 



Uni. Utara Malaysia, Sintok
~Jagroe Obertz2010-13~

Wednesday, 3 April 2013

:: Antara Bayu Sintok dan Bayu Kinabalu ::

Dedaunan meliuk-liuk ditiup angin senja, seolah melambai-lambai ke arahku. Demikian juga hatiku. Mungkinkah aku melambai untuk mengucapkan selamat jalan buat cintaku...? Aku tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaanku saat ini. Aku mencintai dan menyayangi dia. Tapi aku tahu mungkin dia tak mencintaiku. Petang semalam dia menghantar pesanan ringkas (SMS) bertanya khabar. Aku kaget dan tersenyum kerana selama ini aku menahan diriku untuk tidak berhubung dengannya. 

Oh. Aku sangat mula menyayangi dia. Bagaimana aku harus membuang perasaan ini. Membutakan perasaanku, aku benci sebegini. Namun, dia nun jauh di sana. Laut China Selatan memisahkan kami. Aku di selatan negara Gajah Putih dan dia di 'Land Below The Wind'. Sayup-sayup puncak Kinabalu kelihatan di imaginasiku. Manakala si dia tersenyum dan gembira dengan pekerjaannya di Jesselton. 

Ahh!! Aku menyayangi dia. Serius!! Mungkinkah dia masih dimiliki oleh orang lain. Tetapi, dia berkata padaku 'Hubungannya tak boleh diselamatkan lagi'. Dia kata 'Aku menjadi pengganti'. Oo, jangan berikan aku harapan. Aku benci kecewa. Membunuh semangat dan perasaanku. 

Aku berharap, aku akan muncul dalam mimpinya dan dia akan menyapa aku dalam lena. Aku berharap aku dapat memeluk mimpi itu, takkan biarkan dia pergi. Dia kata dia akan datang ke sini hujung bulan ini. Aku harap aku ada kesempatan ketemu dengannya. Ianya bukan benda yang gampang tapi tiada yang menghalang kalau dapat berjumpa. Aku menyayang dia dan aku harap akau punya kesempatan dan diberi peluang mengasihi dan menyintai dia...

Aku berharap angin Sintok malam ini akan bertiup sehingga ke seberang sana, bertemu dengan bayu Kinabalu, bergabung erat dan membantuku membelai dan meniupkan ke telinganya dengan lembut bahawa aku mencintainya... Tuhan jagakan dia...

Wednesday, 27 March 2013

:: Aku tidak akan Menyesal ::

Ketika orang lain melukai dan menyakiti hatiku, aku mengeluh pada Tuhan mengapa aku harus mengalami hal tersebut. Namun, melalui hal itu Tuhan mengajarkanku bagaimana melakukan perintahNya untuk mengasihi sesama seperti mengasihi diriku sendiri dan mengampuni seperti Tuhan mengampuni kesalahanku.

Terkadang aku merasa berjalan sendiri dan merasa beban yang aku pikul terlalu berat aku berpikir betapa kejamnya Tuhan membuat aku seperti ini. Namun, perlahan-lahan aku sadari bahwa akulah yang sombong, aku mengandalkan kekuatanku sendiri, sedangkan Firman Tuhan mengatakan diberkatilah orang yang mengandalkan Tuhan.

Saat situasi mulai tidak menyenangkan dan aku merasa semua orang membuatku marah dan tidak dapat bekerja sama aku meledak-ledak dalam amarahku sendiri dan tanpa ku sadari hal itu membuat kondisi hatiku semakin memburuk, kemudian aku menyesal dan menyalahkan diriku karena tidak dapat berubah. Namun, lewat hal ini aku belajar menaati perkataanNya bahwa amarah manusia tidak mengerjakan kebenaran di hadapan Allah.

Dalam keadaan baik aku memuji Tuhan dan semenit kemudian dengan lidah yang sama menghakimi atau bersungut-sungut ketika keadaan berubah menjadi tidak mengenakan. Namun, tegurannya membuat aku menyadari bahwa perkataanku dapat "membunuh" atau "membangun" diriku sendiri dan orang lain karena tidak boleh terjadi demikian : dari mulut yang satu keluar berkat dan kutuk.

"Sekalipun ayahku dan ibuku meninggalkan aku, namun Tuhan menyambut aku" ayat ini yang mengajarkanku bagaimana melihat kasih Allah lebih dalam, dan merasakan betapa besar kasih yang Ia curahkan kepadaku dan memulihkan hatiku dari sakitnya ketika orang terdekatku menjauh saat kejatuhanku.

Aku pernah merasakan bagaimana rasanya ketika membutuhkan bantuan dan semua orang yang aku hubungi seakan lenyap ditelan bumi, aku hanya bisa menyalahkan mereka dan kehidupan. Dan tanpa aku sadari bahwa saat itu Tuhan sedang mengajarkanku mengandalkan Dia, hanya Dia sajaseperti apa yang dikatakanNya supaya imanku tidak bergantung pada hikmat manusia, tetapi pada kekuatan Allah.

Beberapa tahun yang lalu, saat aku harus bekerja di tengah-tengah masa menimba ilmu, ketika aku tidak dapat menikmati masa remaja seperti teman-temanku yang lain karena kondisi keluargaku yang berbeda, aku sangat kecewa pada Tuhan. Namun, sekarang aku mengerti pengalaman pahit terdahulu yang aku telah lalui menjadikanku kuat hari ini.

Hari ini ketika aku memejamkan mata dan merenungkan lebih dalam karya-karya yang Tuhan ukir dalam hidupku, air mataku mengalir dan mulutku penuh dengan ucapan syukur untuk setiap rasa pahit, getir, dan manis yang pernah aku rasakan, semua hal itu membuatku dapat membantu teman-temanku yang tengah mengalami hal-hal yang sama, dan aku tahu aku dapat memberi motivasi dan kesaksian bagi mereka bukan karena aku hebat, hanya karena Tuhan mengijinkanku mengalaminya terlebih dahulu dan tangan kasihNya selalu terulur bagiku.

Dan sekarang aku dapat berkata kepadaNya dengan segenap hatiku, untuk semua hal yang baik ataupun tidak baik yang pernah singgah dalam kehidupanku :
"Bapa, aku tidak akan menyesal telah lahir ke dunia. Yang akan menjadi penyesalan terbesarku adalah saat aku membuka mata pertama kali sampai aku menutup mata untuk terakhir kalinya, tetapi aku tidak pernah mengenalMu."
 
Sumber: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=503368776387794&id=485699671488038(Giving My Best)

Sunday, 24 March 2013

:: Aku ini ::

Too many things happened. Aku tidak mampu menyatakan satu persatu. Sakit, kecewa, sakit hati. Smuanya bercampur-campur seperti rojak. Inikah hidup? Banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk mencapai satu hal, satu perkara. Meskipun hati sakit, kecewa, dilema, di pertengahan, semuanya perlu dihadapi. I haven't options. Kan alangkah bagusnya kalau aku mampu memilih semuanya.

Minggu yang menyesakkan telah dilalui, the cruelest week already passed. Aku kadangkala terfikir 'nothing to do with'... Huhhhh!!!! I hate, saya benci. Indeed! Perasaan seperti ini. Aku tak mampu meluahkan 100% isi hatiku. Tiada yang mampu memahami, tidak ada yang rasa 'empathy'. Hatiku sedih, menangis dan kecewa. Aku lelaki, aku bukan lemah, aku bukan tak kuat tetapi aku ada kelemahan sendiri. Aku rela mengatakan sebegini compared to remain with my egoisme. 

Aku punya impian yang bertahun lamanya aku tunggu. Tiba-tiba pada saat-saat akhir sebelum menyelesaikan sesuatu yang kita nak lakukan, tiba-tiba hal itu berlaku. I haven't any idea. Aku nak itu tetapi aku juga tak rela melepaskan sesuatu yang hampir siap, yang hampir tamat. Too many things need the considerations. Aku terpaksa biarkan hatiku menangis, kecewa dan dilema. Quite bitter and sour but nothing to do. Hatiku menangis setiap masa. Aku sangat kecewa dan sedih sebenarnya. Perhaps, ada individu yang mempersolalkan dan menganggap ianya remeh dan fool thing but, anda perlu mengetahui bagaimana hidupku, bagaimana sakitnya penantian selama bertahun-tahun lamanya.

Tesis dan assignments beratur di belakang. Menunggu giliran untuk disiapkan. Umpama pesakit di hospital yang menunggu giliran untuk dirawat atau menunggu giliran untuk medapatkan ubat di farmasi. Tesis, sungguh berat. Apatahlagi, supervisorku melatihku menyiapkan tesis dan mendapatkan maklumat tahap 'masters' but banyak positivnya. Mengajarku untuk mengolah, mengubah, membentuk ayatku sendiri dan berfikir panjang. Aku jelous sebenarnya melihat rakan-rakan yang lain yang tidakn mengambil tesis sepertiku but itu pilihanku. Itu komitmenku, meskipun mungkin hasik kerjaku tidak 100% perfect tetapi aku puas hati kerana aku telah melakukan yang terbaik. 

Wahhh!!! Hidup ini sangat mencabar. Namun, orang kata 'life must go on'. Tiada perkara yang senang, tiada perkara yang hanya memetik jari sahaja dan ianya ada di tangan dengan sekelip mata. Semuanya memerlukan kesabaran, ketabahan, kekuatan dan usaha. Yang pasti, aku akan lebih menghargai hidupku, aku akan lebih menghargai sesuatu yang aku ada, dan aku telah perolehi dan bakal aku perolehi. Aku tetap memegang satu hal 'tiada sahabat yang paling baik, setia dan memahami kecuali TUHAN'. Dia mengenal aku, lebih daripada aku mengenal diriku sendiri...

Aku terkapai-kapai di bawa arus deras. Aku  menjerit meminta pertolongan namun suaraku ditelan oleh bunyi derasnya air. Suaraku ditelan dan meresap disebalik air. Aku melihat daun yang terkapai-kapai seolah-olah menyuruh aku berpaut padanya. Namun, kederasan air menyebabkan daun itu putus. Aku dihanyutkan lagi. Tiba-tiba aku melihat kayu yang dihanyutkan oleh air. Aku berpaut pada kayu itu. Tetapi, aku dan kayu itu sama-sama dihanyutkan oleh derasnya air. Aku kehilangan harapan, kerana aku tidak mengetahui sampai bilakah aku terus berpaut pada kayu itu? Mungkin aku akan mati lemas, dibaham buaya dan terhempak dan tertikam oleh batu yang tajam atau ranting-ranting? Tak lama kemudian, aku melihat tali pajang, aku berpaut dan aku terus berpaut. Tidak lama kemudian, aku dengan sekuat saki-baki tenaga, aku berusaha untuk melawan arus untuk ke tepi. Akhirnya aku berjaya ke tepi. Harapanku untuk terus hidup semakin 'bercahaya'. 
Meskipun kadangkala sesuatu yang diusahakan dan dinantikan belum memperlihatkan hasilnya. Itu membuat kita kecewa, marah dan bertanya kenapalah macam ni? Kadangkala, banyak persoalan dan permasalahan datang dalam hidup. Kadangkala, rasa putus asa, penat dan kelelahan melanda. Namun, semuanya punya jawapan yang pasti. Bukan hari ini, esok, lusa, kelmarin, minggu depan, bulan depan, tahun depan tetapi pasti ada. Kita tak mampu mengetahuinya tetapi pasti ada.... God bless!!!

Tuesday, 12 March 2013

Barang Milikku Yang Paling Berharga Adalah Kamu

Aku sangat menyukai ucapan mama : “ Barang milikku yg paling berharga adalah kamu ! ” Ucapan yang sangat menyejukkan hati. Dan sampai sekarang aku masih mengingatnya …

Papa dan mama menikah karena dijodohkan orang tua, demikianlah yg dialami para muda – mudi di jaman itu, hal ini sudah umum, tapi di jaman sekarang peristiwa itu sudah jarang terjadi, kebanyakan adalah hasil pilihan sendiri. Tapi mama sangat mencintai papa, demikian juga dengan papa dan tampak selalu mesra, akur bagaikan pasangan cinta sejoli. Sangat sulit dibayangkan bahwa pernikahan mereka pernah diterjang badai ! Badai itu nyaris memisahkan mereka, hanya karena emosi sesaat saja !

Papa dan mama bekerja diinstansi yg sama, oleh karena itu setiap hari berangkat dan pulang bersama. Suatu hari mereka kerja lembur, mengadakan stock opname digudang, hingga pukul 2.00 dinihari dan baru pulang kerumah.

Papa sangat letih dan lapar, sampai dirumah tidak ada makanan maupun minuman yg siap disaji. Papa yg lapar minta mama untuk menyiapkan makanan dan minuman. Beberapa hari belakangan ini emosi mama memang tidak stabil, ditambah lagi dengan adanya lembur, badan dan pikiran sungguh melelahkan, sehingga dengan kondisi yg labil itu, mama spontan menjawab dg nada keras, ” Mau makan dan minum, memangnya tidak bisa masak sendiri ? Apa tidak punya tangan dan kaki lagi, ya ? ”

Karena papa juga terlalu capek, dan langsung menjawab dengan acuh tak acuh, “ Kamu ini isteriku, memasak adalah sudah menjadi kewajibanmu ! ”
Mama langsung merespon, “ Tengah malam begini mau masak apa ? Sudah lewat waktunya makan, orang laki seharusnya lebih kuat dari pada perempuan ! ”

Mendengar itu, marahlah papa, beliau langsung berteriak dengan emosi, “ Kamu salah makan obat apa kemarin ? Mau sengaja cari ribut, ya ? Istri memasak untuk suami adalah wajar, kenapa harus tergantung pada waktu ? Kamu tidak senang, ya ? Kalau tidak senang, kamu pergi saja sekarang dari rumah ini !!! ”

Mama tidak menyangka akan menerima reaksi yg begitu keras. Setelah terdiam sesaat, mama kemudian berkata sambil menitikkan air mata, “ Kamu ingin aku pergi …, aku akan pergi sekarang ! ”. Mama segera kembali kekamar untuk mengemasi barang – barangnya.

Melihat mama masuk kamar dan berkemas – kemas, papa berkata kepada mama yang membelakanginya, “Bagus ! Pergi sana ! Ambil semua barang – barangmu dan jangan kembali lagi ! ”
Beberapa saat kemudian suasana menjadi sunyi senyap, tak ada kata – kata kebencian lagi yg muncul, menit demi menit berlalu, tapi mama tetap tak kunjung keluar dari kamar. Merasakan keanehan itu, papa kemudian menyusul masuk kamar dan melihat mama sedang duduk diranjang penuh dengan linangan air mata. Sambil menatap koper kulit besar yang masih tergeletak diatas ranjang. Melihat papa datang, dengan terisak – isak mama berkata, “ Duduklah diatas koper kulit itu, supaya aku boleh mengenang masa – masa perpisahan kita yg terakhir ”.

Merasa aneh, maka dengan sendu papa akhirnya tidak tahan juga untuk tidak bertanya, ” untuk apa ? ”

Sambil menangis dengan terputus – putus mama berkata, “ Emas dan perak aku tidak memilikinya, tapi milikku yang paling berharga adalah kamu !” Kamu dan anak – anakku, aku tidak memiliki apapun … ”.

Meskipun kejadian itu telah lewat lama sekali, tapi aku masih mengingatnya terus sampai sekarang. Apalagi ketika mama mengucapkan kata – kata terakhir itu, papa merasa sangat tergoncang, sejak malam itu, papa telah diubah dan telah menjadi sangat hormat dan sayang kepada mama. Menggandeng tangan anak – anak, merangkul mama serta senantiasa saling berpelukan. Kelak aku juga bercita – cita ingin mendapatkan pasangan yang seperti papa.

-fm/072-12032013
Source: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=560652797298510&id=492591964104594 

:: Jangan Cepat Menghakimi ::

Setiap orang di sekeliling kita menyimpan cerita kehidupan yang mungkin tidak terbayang di benak kita. Ada air mata di balik senyuman. Ada kasih sayang di balik setiap amarah. Ada pengorbanan di balik setiap ketidak pedulian. Ada harapan di balik setiap kesakitan. Ada kekecewaan di balik setiap derai tawa. Semoga kita semua bisa menjadi manusia dengan rasa toleransi yang semakin luas dan bersyukur dengan apa yang telah kita miliki dalam hidup ini. Ingatlah, kita bukannya satu-satu manusia dengan segudang masalah. Tersenyumlah, karena senyum mampu membasuh setiap luka. Maafkanlah, karena maaf mampu menyembuhkan semua rasa sakit. 

Have a blessed day...