Sunday 12 August 2018

Buah Bambangan dan Expresi Hati



Expresi hati dan perasaan menerusi seni kulinari. Tidak terlalu masam, tidak terlalu manis dan tidak terlalu pedas.
. .
Penghakiman yang paling kejam ialah penilaian manusia menerusi apa yang mereka dengar dari kehidupan atau cara hidup orang. Yeah, hearsay indeed! Biasalah manusia. Tendensi untuk mendengar sebelah pihak sahaja jelas. Bagi suku yang minoriti, jika tindakan menghalalkan cara, dia mesti dihukum setimpal tindakan.
. .

Para hakim dan reporter sentiasa ada di lingkungan. Kadangkala kita seperti menceritakan kronologi sebuah cerita penuh penghayatan kadangkala diserikan oleh adunan hiperbola dan diwarnai oleh personifikasi. Tapi ada yang tidak terhenti disitu saja. Keterujaan sedemikian perlu dihentikan kerana kita sebenarnya telanjang bulat; barangkali.
. .
Ahh! Bajingan sungguh rasa ini. Semoga ia menjauh dibawa pergi oleh Angin Monsun awal pagi tadi.
.  .

Penampang, Sabah.

No comments:

Post a Comment