Wednesday 3 April 2013

:: Antara Bayu Sintok dan Bayu Kinabalu ::

Dedaunan meliuk-liuk ditiup angin senja, seolah melambai-lambai ke arahku. Demikian juga hatiku. Mungkinkah aku melambai untuk mengucapkan selamat jalan buat cintaku...? Aku tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaanku saat ini. Aku mencintai dan menyayangi dia. Tapi aku tahu mungkin dia tak mencintaiku. Petang semalam dia menghantar pesanan ringkas (SMS) bertanya khabar. Aku kaget dan tersenyum kerana selama ini aku menahan diriku untuk tidak berhubung dengannya. 

Oh. Aku sangat mula menyayangi dia. Bagaimana aku harus membuang perasaan ini. Membutakan perasaanku, aku benci sebegini. Namun, dia nun jauh di sana. Laut China Selatan memisahkan kami. Aku di selatan negara Gajah Putih dan dia di 'Land Below The Wind'. Sayup-sayup puncak Kinabalu kelihatan di imaginasiku. Manakala si dia tersenyum dan gembira dengan pekerjaannya di Jesselton. 

Ahh!! Aku menyayangi dia. Serius!! Mungkinkah dia masih dimiliki oleh orang lain. Tetapi, dia berkata padaku 'Hubungannya tak boleh diselamatkan lagi'. Dia kata 'Aku menjadi pengganti'. Oo, jangan berikan aku harapan. Aku benci kecewa. Membunuh semangat dan perasaanku. 

Aku berharap, aku akan muncul dalam mimpinya dan dia akan menyapa aku dalam lena. Aku berharap aku dapat memeluk mimpi itu, takkan biarkan dia pergi. Dia kata dia akan datang ke sini hujung bulan ini. Aku harap aku ada kesempatan ketemu dengannya. Ianya bukan benda yang gampang tapi tiada yang menghalang kalau dapat berjumpa. Aku menyayang dia dan aku harap akau punya kesempatan dan diberi peluang mengasihi dan menyintai dia...

Aku berharap angin Sintok malam ini akan bertiup sehingga ke seberang sana, bertemu dengan bayu Kinabalu, bergabung erat dan membantuku membelai dan meniupkan ke telinganya dengan lembut bahawa aku mencintainya... Tuhan jagakan dia...

No comments:

Post a Comment