Saturday 16 February 2013

:: Kehidupan Ini ::

Orang kata hidup umpama roda yang kadangkala berada berada di atas dan kadang kala berada di atas. Pergerakannya tidak akan terhenti sehingga orang yang mengemudinya berhenti. Aku percaya bahawa kehidupan ini umpama suatu perjalanan yang panjang tanpa destinasi. Ianya penuh misteri, tiada sesiapun dapat meneka dan meramal apa yang akan berlaku pada hari esok, lusa dan sebagainya. 

Perjalanan kehidupan seseorang manusia tidak selalu lurus. Banyak bengkang-bengkok yang menjadi cabaran di hadapan. Kehidupan umpama kereta dan jalan raya yang kurang sempurna, bengkang bengkok serta bonggol menjadi cabaran yang melambatkan perjalanan untuk sampai ke destinasi tersebut. Namun, semuanya bergantung kepada pemandu dan peribadi itu sendiri yang mencorakkan atau bagaimana individu tersebut supaya dapat menghadapi, mengatasi dan melepasi setiap cabaran, masalah, rintangan serta persoalan yang dihadapi. Yess, indeed!!

Kadangkala, aku terasa aku merupakan manusia yang paling kesian, the pitiful guy in the world. Tetapi, apabila akau memikirnya semula, aku merupakan individu yang bertuah kerana dapat merasai dan mengalami keadaan, situasi dan persoalan seperti ini. Kenapa? Bukan semua orang ada peluang untuk merasai keadaan seperti ini.

Meskipun, kadangkala aku merasakan aku hampir putus asa dan seboleh-bolehnya aku tidak mahu semuanya terjadi lagi dalam hidupku tetapi bagaimana haru aku menghalangnya daripada berlaku. Aku perlu menerima, memahami dan belajar untuk menghadapinya dan paling penting bagaimana aku meresponi semuanya. Ianya kadangkala sukar dan seolah-olah tidak punyai kemampuan dan keyakinan tetapi pada saat semuanya berlalu, aku terfikir dan bertanya pada diriku sendiri bagaimana aku menghadapinya.

Syukur, semuanya bukan daripada kekuatanku secara peribadi tetapi kerana belas kasih, kasih sayang serta penyertaan dan berkat-Nya dalam kehidupanku. Pekerjaan-Nya takkan pernah terselami oleh fikiran manusia. Amen.

No comments:

Post a Comment