Thursday 7 February 2013

:: Arang ::

Aku telah mencuba dan berusaha untuk menjaga hatiku supaya tidak kecewa tetapi aku gagal. Sepanjang minggu ini, hanya kesedihan yang menemaniku. Aku telah mencuba dan menggembirakan dan menghiburkan hatiku tetapi aku tak berjaya. Owh!!! Tuhan tolong aku. 


Hatiku terbakar seperti arang. Menjadi hitam legam. Terbakar oleh kekecewaan, kesakitan dan kepedihanku. Rasanya aku merasakan seperti aku tak mampu untuk berhadapan dengan keadaan sebenar. Ya!! Mungkin bagi orang lain ianya remeh temeh dan kecil tetapi mereka tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak berada dalam situasiku. 

Kadangkala aku merasakan dunia ini tidak bersikap adil. Aku tidak faham kenapa dan mengapa segala pengorbananku selama ini kurang membuahkan hasil. Syukur dengan apa yang telahku perolehi tetapi itu belum mencukupi. Aku bukan jenis yang cepat cepat puas hati. Apa yang aku perolehi belum mampu memuaskan hatiku. Aku bukanlah seorang yang tamak tetapi seboleh-bolehnya aku nakkan apa yang aku perolehi, apa yang akau dapat setimpal dengan usaha dan pengorbananku selama ini. 

Owh!!! Tuhan. Ampuniku kerana gagal untuk terus mengimani janji Engkau buatku. Aku malu dengan keluargaku terutama abangku dan bekas guru-guruku. Tiada yang mampu aku lakukan lagi. Menangis, kecewa dan tunduk. OMG!!! Sakitnya....

Namun apapun yang telah berlaku, aku mahu tetap percaya pada janji-Nya buatku. Walaupun aku kecewa dan menangis, sakit hati, sedih dan sakit, biar kiranya segala segalanya akan menjadi sejarah dalam hidupku. Mungkin pada hari ini aku sakit, kecewa dan sakit hati dan merasakan dunia ini sangat tidak adil tetapi aku mahu percaya bahawa esok, lusa, bulan depan, tahun depan dan lima tahun lagi mataku akan terbuka dan faham mengapa dan kenapa Tuhan izinkan semuanya berlaku dalam kehidupanku. 

Sangat sakit sebenarnya, tetapi aku perlu mengahadapinya untuk membentuk fikiran, peribadi dan pemikiranku supaya menjadi lebih matang dan kuat pada masa akan datang. Akupasti bahawa apa yang aku hadapi pada hari ini akan membentuk siapa aku pada masa akan datang. Amen...

 
"He hath made every thing beautiful in his time: also he hath set the world in their heart, so that no man can find out the work that God maketh from the beginning to the end." ~ Ecclesiastes 3:11~


No comments:

Post a Comment