Tuesday 5 February 2013

:: Ask and Seek ::




Drama ini memberi makna yang sangat besar dalam kehidupanku. Drama ini memberikan suatu pengajaran yang sangat besar buatku. Ketika aku menyatakan bahawa aku kuat dan tidak mudah kecewa, aku seperti diketuk dan diperingatkan bahawa aku belum cukup kuat untuk menghadapi kehidupanku. Kekecewaan, kesedihan, keperitan dan kesusahan dalam kehidupan sering membuatku 'down' dan seolah-olah sudah tidak harapan dan tidak terdaya untuk meneruskan kehidupanku. 

Aku terdiam seketika, aku berfikir dan aku menangis. Pada saat aku mengalami kesedihan, kepahitan dan kekecewaan, aku marahkan Tuhan. Kenapa dan mengapa aku perlu berhadapan dengan semuanya. Aku cukup penat, lelah, dan sebolehnya aku tidak mahu lagi berhadapan dengan semuanya. Aku duduk, tunduk dan menutup mataku. Aku mulai berbicara kepada Bapa. Aku seperti diperlihatkan oleh Tuhan dengan rencana-Nya dalam hidupku. Aku terpujuk. 

Semasa duduk bersendirian dan saat itu aku merasa kekecewaan, kesakitan dan kepedihan kembali padaku. Aku menyalahkan Tuhan kerana sering membenarkan semuanya hadir dalam hidupku. Kenapa dan mengapa? Aku tak kuat lagi.

Suatu pagi, aku mendengar suatu drama. Drama yang mengisahkan tentang kekelurgaan yang pastinya jika seseorang yang mendengar pasti air mata akan jatuh. Ketika aku merasakan aku satu-satunya yang mempunyai banyak masalah tetapi masalah, persoalan dan pergumulan orang lain lebih besar. Aku menangis, tersedar dan berfikir bukan aku sahaja yang punyai persoalan. 

Satu hal yang aku pelajari, yang aku sadari, dan aku harus kuat. Masalahku hanya suatu masalah dan persoalan yang sangat kecil. Aku mengingat kembali kisah dan perjalan kehidupan Tuhan Yesus ketika dia di bumi. Aku kembali bersemangat. Walaupun aku kadangkala jatuh, kecewa, putus asa, sakit dan hancur. Aku mahu tetap percaya dan aku mahu mengimani bahawa segala sesuatu yang aku ingini, aku impikan dan aku citakan akan akan ku gengami  sesuai dengan kehendak dan rencana-Nya ( Pengkotbah 3:11, Pengkotbah 8:12). Aku percaya bahawa lambat atau cepat, aku pasti memperolehinya. Amen. 


Psalm 27:4 " One thing I ask of the Lord, this is what I seek: That I may dwell in the house of the Lord all the days of my life, to gaze upon the beauty of the Lord and to seek Him in his temple." 

Jeremiah 29:13 "You shall seek me and find me, when you search for me with all your heart." 

Matthew 7-8 Ask, and it shall be given you; seek, and ye shall find; knock, and it shall be opened unto you. For every one that asketh receiveth; and he seeketh; and to him that knocketh it shall be opened."


 "When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us."



#God bless#

 



No comments:

Post a Comment