Saturday 20 October 2012

:: Kasih itu Sabar ::

Alangkah bagusnya kalau Aku mampu melakukan semua benda tanpa banyak bergantung orang lain dan alangkah baiknya kalau orang lain tidak mengharapkan sepenuhnya kepada kita untuk melakukan sesuatu. Keinginan dan kerinduanku ialah Aku mahu melihat orang lain masing-masing punya komitmen yang bagus. Bukan komitmen kepada diri sendiri sahaja tetapi kepada orang lain juga. Bukan kerana terpaksa tetapi keinginan dari diri sendiri terutamanya hati yang sukarela melakukan sesuatu tanpa dipaksa atau diarahkan untuk melakukan.

Banyak perkara yang mengecewakan di dalam kehidupan yang ini. Kecil atau besar, ianya tetap memberikan impak buat diri kita. Mungkin tidak bagi individu tertentu tetapi ya buatku. Berharap kepada orang lain itu sebenarnya suatu perkara yang Aku tidak suka. Kalau Aku mampu 'I am prefer tod do something alone". Aku bebas untuk melakukan mengikut kreativiti dan sehingga Aku puas.

Aku kadangkala berfikir, perbezaan bangsa merupakan faktor penyebab tetapi bukan 100%. Kenapa? Pemahaman, budaya, cara, cara hidup dan sebagainya Bukan faktor bangsa yang perlu dipersalahkan tetapi semuanya bergantung kepada sikap individu. Komitmen, keseriusan, kemahuan dan keinginan serta kesedaran terhadap tanggungjawap individu dan melakkan sesuatu perkara merupakan penyelesaiannya saya fikir. Orang kata ' If you want it, just do it by yourselves'. Kalau tiada elemen-elemen ini, wujudnya individu yang buat macam tiada sahaja. Ada pula yang berkata ' Eh, masih lama lagi tu, banyak masa lagi untuk menyiapkan'. Kesannya, semua kerja buat 'last minutes'. Odoiii!!! dogo!!!...

Semuanya mencabar kesabaranku. Alangkah baiknya kalau ada pilihan lain. Berkerjasama dengan individu yang bertanggungjawab, berkomitmen dan serius dalam melakukan sesuatu perkara. Orang yang tidak serius membuatkan Aku geram dan kecewa, apalagi kalau buat-buat tidak tahu. Bersabar sahaja dan buat-buat tidak nampak sahaja yang mampuku lakukan.

Sabar itu satu cabaran bagiku. Sebab kalau tidak sabar macam-macam boleh jadi. Syukur kerana setakat ini Aku masih mampu mengawal diriku dan mulutku. Agak berat juga kerana terpaksa pendam dalam hati tetapi banyak benda boleh dielak walaupun hati sendiri yang sakit dan merana. Tapi tidak apalah, saya pasti dikuatkan disebalik kesakitan dan kekecewaan yang ku alami.

Ramai yang berkata 'Kasih itu separuh dari Iman'. Namun, aku hendak bertanya yang separuh lagi pergi mana? Hilang atau bagaimana? Mungkin mereka ada hujah atau alasan tersendiri untuk berkata sedemikian namun Aku tetap dengan kata " Kasih itu sabar, murah hati, tidak cemburu, tidak memegahkan diri dan tidak sombong, tidak melakukan yang tidak sopan dan mencari keuntungan kepada diri sendiri, ia tidak pemarah dan menyimpan kesalahan orang lain". Ianya agak sukar namun, Aku perlu belajar untuk terus bersabar dan belajar untuk memaafkan orang lain tanpa syarat.

No comments:

Post a Comment