Monday 29 October 2012

Hati Lelaki


Sangat banyak perkara yang menyakitkan, mengecewakan dan membuat kita sedih. Sedar atau tidak, saban hari kita berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan kita. Kita tidak mampu untuk mengelak atau menjauhi perkara yang menyakitkan 100% peratus tetapi kekuatan hati yang memampukan kita untuk berhadapan dengan perkara tersebut dan membuat kita kuat. 


Kecewa merupakan perkara yang sangat menyakitkanku. Alangkah baiknya kehidupan tanpa kecewa. Kecewa dalam percintaan, kecewa dalam mencapai cita-cita, gagal mendapat sesuatu yang diingini. Ya, sangat sakit dan amat sukar dibayangkan. Pada pandangan orang lain, aku mungkin kelihatan kuat dan tabah tetapi sebenarnya aku memendam dan menyimpan kesakitan bahkan aku menangis sendirian  dalam hati. Aku tidak pernah menginginkan dan mengundang kekecewaan dan kesakitan dalam hidupku tetapi semuanya datang secara sendiri tanpa aku ingini. Aku sangat benci kekecewaan. Aku masih ingat ketika aku gagal mendapat tempat di IPTA lebih 2 tahun yang lalu yang aku sangat minat. Aku sangat kecewa dan menangis. Setelah itu, aku gagal lagi mendapat tawaran biasiswa. Aku sangat kecewa dan menangis. Kecewaku tidak terhenti setakat itu tetapi kekecewaanku tetap ada sehingga saat ini. 

Pada hari ini aku berubah, mereka tidak mengetahuinya tetapi hanya aku dan DIA yang tahu. Aku tidak mengingini menjadi seperti ini tetapi sakit dan kecewaku mengubah aku. Aku sepatutnya tidak menjadi seperti ini tetapi aku tidak mampu mengawal semuanya. Bukan keiinginan dan kehendakku untuk menjadi seperti ini. Bukan cita-citaku untuk menjadi seperti ini. Aku sebenarnya benci untuk menjadi diriku seperti ini. Tetapi sudah 'benih' itu sudah tertanam dalamku. 

Pada saat aku mengingati semula masa laluku. Aku tidak tahu secara keseluruhan, bagaimana dan kenapa. Hati kecilku menangis dan 'shouting'. Tiada siapapun yang mendengar, tiada siapapun yang mengetahui. Hanya aku. Aku mahukan, aku mendambakan seseorang yang benar-benar memahami dan mampu menjadi pendampingku. 

Namun, satu perkara yang aku sedari. Pada saat aku kecewa, sakit dan menangis aku sebenarnya tidak jatuh terus menerus. Tetapi, aku mengetahui bahawa aku sebenarnya semakin kuat dan dikuatkan lewat daripada sakit, kecewa dan tangisku. Aku tahu, aku semakin didewasakan dan dimatangkan oleh semuanya.
Banyak perkara yang perluku belajar supaya aku tetap kuat berhadapan dengan liku-liku hidupku. Satu impianku yang sangat besar, aku mengimpikan aku akan menjumpai seseorang wanita yang sanggup berkongsi kehisupan denganku, menerima aku dan keluargaku seadanya dan dapat membentuk peribadiku dan seseorang yang matang. Aku mahu tetap yakin bahawa aku akan berubah dan semuanya hanya sementara. Wu xian ni..

No comments:

Post a Comment