Kehidupan umpama roda yang kadangkala berada di atas dan kadangkala di bawah. Kadangkala kita berhadapan dengan persoalan atau masalah dalam hidup kita dan kadangkala kita melalui saat-saat yang membuat kita dukacita, jatuh, putus ada dan seolah-olah tidak ada harapan. Namun satu hal yang pasti, kita semua mampu melaluinya. Hasilnya bergantung kepada diri kita dalam erti kata yang lain, ianya bergantung kepada bagaimana kita meresponi atau menghadapi persoalan atau masalah tersebut. It is up to the individual how they dealing with either in positive or negative ways.
Kadangkala juga kita akan mempersoalkan mengapa kita perlu berhadapan dengan masalah, persoalan atau tentangan dalam hidup kita. Kenapa bukan orang lain? Ada yang berkata dunia ini tidak adil, saya sentiasa berhadapan dengan masalah dan sebagainya tetapi orang lain tidak. Satu cara untuk berhadapan dengan situasi tersebut berdasarkan pengalaman ialah bersikap dan berfikiran positif. Saya pernah mendengar bahawa pengalaman itu mendewasakan kita. Belajar dari pengalaman dan kisah silam akan mendorong dan mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati pada masa akan datang. Selain itu, saya juga pernah mendengar orang berkata 'Pengalaman merupakan suatu perkara yang membezakan diri kita dengan orang lain'. So, try don't sad, be happy.
Apabila bercakap tentang masalah, persoalan atau tentangan atau kesedihan mesti ada kegembiraan di sebalik semuanya. Saya pernah mendengar rakan berkata sebegini " Hidup ini hanya sekali, jadi gembiralah". Tidak guna kita bersedih mengenang dan memikirkan atau menyesali kesilapan atau kejadian yang menyakitkan dalam kehidupan. Kata-katanya membuat saya berfikir panjang dan kekaguman saya terhadapnya semakin mekar. ' Saya berasal daripada keluarga yang susah, saya mendapat keputusan yang teruk dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan mengambil inisiatif mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sambil bekerja,' katanya. Akhirnya dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.
Begitu juga dalam kehidupan kita, banyak perkara yang mengecewakan kita. Gagal mencapai impian dan cita-cita, putus cinta, cinta ditolak atau seribu satu macam persoalan. Ianya menyebabkan kita putus asa, sakit hati, kecewa dan pelbagai bentuk kesakitan yang tentunya menyakiti persaan atau hati dan diri sendiri atau orang lain. Seboleh-bolehnya kita mahu melarikan daripada semuanya. Namun, apakah daya kita untuk mengelak dan melarikan diri? Semuanya perlu dihadapi dan life must go on. Perjalanan masih panjang, tidak boleh berhenti di tengah-tengah. Kehidupan umpama perjalanan. Suatu perjalanan tidaklah lurus seperti yang difikirkan dengan mudah. Banyak belok, bukit, gaung dan sebagainya yang perlu kita lalui. Demikian juga dengan kehidupan kita, masalah, persoalan dan tentangan umpama belok sempit, gaung dan bukit yang datang silig berganti, datang dan pergi. Tujuannya bukan untuk melemahkan semangat kita tetapi membentuk kita supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah putus asa atau tidak berhenti di pertengahan jalan.
Oleh itu, jangan putus asa, jangan pandang ke belakang, usah mengimbau dan meratapi kenengan yang melukakan. Tidak salah untuk mengingatinya sebagai pengajaran pada masa hadapan tetapi terus pandang ke hadapan. Never look behind. Kita dan kehidupan kita sangat berharga. Tidak ternilai harganya. Tidak siapa yang lebih memahami diri kita sendiri melainkan diri kita sendiri dan Pencipta (God). Be strong, stay strong, be optimistic. Hidup hanya sekali, jangan sakiti hati kita dengan perkara-perkara yang menyakitkan. Cukup untuk bersedih, mengeluarkan air mata dan wajah yang tegang perlu diceriakan. Kegembiraan yang bukan pura-pura tetapi total.
Apa adanya aku pada hari ini kerana aku sentiasa melalui hari-hari yang menggembirakanku tetapi siapa aku pada hari ini kerana kepahitan, kesakitam, kepedihan dan frustasi masa silamku. Aku tidak berharap lagi untuk punyai hari-hari yang sentiasa gembira tetapi aku mahu bersedia untuk berhadapan dengan hari-hariku yang aku tidak tahu menunggu dihadapan. Aku mahu menjadi lebih positif dalam pemikiran dalam semua hal. Kesedihan hari ini cukup untuk hari ini sahaja dan aku mahu memulakan hal yang baru pada keesokan hari. :)
No comments:
Post a Comment