Too many things happened. Aku tidak mampu menyatakan satu persatu. Sakit, kecewa, sakit hati. Smuanya bercampur-campur seperti rojak. Inikah hidup? Banyak perkara yang perlu dikorbankan untuk mencapai satu hal, satu perkara. Meskipun hati sakit, kecewa, dilema, di pertengahan, semuanya perlu dihadapi. I haven't options. Kan alangkah bagusnya kalau aku mampu memilih semuanya.
Minggu yang menyesakkan telah dilalui, the cruelest week already passed. Aku kadangkala terfikir 'nothing to do with'... Huhhhh!!!! I hate, saya benci. Indeed! Perasaan seperti ini. Aku tak mampu meluahkan 100% isi hatiku. Tiada yang mampu memahami, tidak ada yang rasa 'empathy'. Hatiku sedih, menangis dan kecewa. Aku lelaki, aku bukan lemah, aku bukan tak kuat tetapi aku ada kelemahan sendiri. Aku rela mengatakan sebegini compared to remain with my egoisme.
Aku punya impian yang bertahun lamanya aku tunggu. Tiba-tiba pada saat-saat akhir sebelum menyelesaikan sesuatu yang kita nak lakukan, tiba-tiba hal itu berlaku. I haven't any idea. Aku nak itu tetapi aku juga tak rela melepaskan sesuatu yang hampir siap, yang hampir tamat. Too many things need the considerations. Aku terpaksa biarkan hatiku menangis, kecewa dan dilema. Quite bitter and sour but nothing to do. Hatiku menangis setiap masa. Aku sangat kecewa dan sedih sebenarnya. Perhaps, ada individu yang mempersolalkan dan menganggap ianya remeh dan fool thing but, anda perlu mengetahui bagaimana hidupku, bagaimana sakitnya penantian selama bertahun-tahun lamanya.
Tesis dan assignments beratur di belakang. Menunggu giliran untuk disiapkan. Umpama pesakit di hospital yang menunggu giliran untuk dirawat atau menunggu giliran untuk medapatkan ubat di farmasi. Tesis, sungguh berat. Apatahlagi, supervisorku melatihku menyiapkan tesis dan mendapatkan maklumat tahap 'masters' but banyak positivnya. Mengajarku untuk mengolah, mengubah, membentuk ayatku sendiri dan berfikir panjang. Aku jelous sebenarnya melihat rakan-rakan yang lain yang tidakn mengambil tesis sepertiku but itu pilihanku. Itu komitmenku, meskipun mungkin hasik kerjaku tidak 100% perfect tetapi aku puas hati kerana aku telah melakukan yang terbaik.
Wahhh!!! Hidup ini sangat mencabar. Namun, orang kata 'life must go on'. Tiada perkara yang senang, tiada perkara yang hanya memetik jari sahaja dan ianya ada di tangan dengan sekelip mata. Semuanya memerlukan kesabaran, ketabahan, kekuatan dan usaha. Yang pasti, aku akan lebih menghargai hidupku, aku akan lebih menghargai sesuatu yang aku ada, dan aku telah perolehi dan bakal aku perolehi. Aku tetap memegang satu hal 'tiada sahabat yang paling baik, setia dan memahami kecuali TUHAN'. Dia mengenal aku, lebih daripada aku mengenal diriku sendiri...
Aku terkapai-kapai di bawa arus deras. Aku menjerit meminta pertolongan namun suaraku ditelan oleh bunyi derasnya air. Suaraku ditelan dan meresap disebalik air. Aku melihat daun yang terkapai-kapai seolah-olah menyuruh aku berpaut padanya. Namun, kederasan air menyebabkan daun itu putus. Aku dihanyutkan lagi. Tiba-tiba aku melihat kayu yang dihanyutkan oleh air. Aku berpaut pada kayu itu. Tetapi, aku dan kayu itu sama-sama dihanyutkan oleh derasnya air. Aku kehilangan harapan, kerana aku tidak mengetahui sampai bilakah aku terus berpaut pada kayu itu? Mungkin aku akan mati lemas, dibaham buaya dan terhempak dan tertikam oleh batu yang tajam atau ranting-ranting? Tak lama kemudian, aku melihat tali pajang, aku berpaut dan aku terus berpaut. Tidak lama kemudian, aku dengan sekuat saki-baki tenaga, aku berusaha untuk melawan arus untuk ke tepi. Akhirnya aku berjaya ke tepi. Harapanku untuk terus hidup semakin 'bercahaya'.
Meskipun kadangkala sesuatu yang diusahakan dan dinantikan belum memperlihatkan hasilnya. Itu membuat kita kecewa, marah dan bertanya kenapalah macam ni? Kadangkala, banyak persoalan dan permasalahan datang dalam hidup. Kadangkala, rasa putus asa, penat dan kelelahan melanda. Namun, semuanya punya jawapan yang pasti. Bukan hari ini, esok, lusa, kelmarin, minggu depan, bulan depan, tahun depan tetapi pasti ada. Kita tak mampu mengetahuinya tetapi pasti ada.... God bless!!!
No comments:
Post a Comment