Tahun Kuda, Kambing, Monyet, Ayam, Anjing, Khinzir, Tikus, Lembu, Harimau, Arnab, dan Tahun Naga sudah ditinggalkan. Kini, tahun Ular kembali lagi merujuk kepada Kalender Cina. Berdasarkan kepada kepercayaan Kaum Cina, zodiak dua belas melambangkan dua belas jenis personaliti yang berbeza.
- Tahun Ular ( 巳) 10 Feb 2013 - 30 Jan 2014
- Unsur tetap: Api
- Yin/Yang : Yin
- Sifat positif : Berfikir panjang, mistik, bijaksana, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat pintar, bercita, berbudi bahasa, waspada, bertanggungjawab, tenteram, kuat, setia dan tekad.
- Sifat Negatif : Penyendiri, komunikasi teru, cemburu, hedonis, tidak yakin kepada diri sendiri@ragu diri, pendusta dan sentiasa menaruh kesangsian kepada diri sendiri.
I am not Chinese but I am apart of them. Why? I am live in Malaysia and I am Malaysian. What the meaning of "1 Malaysia" if we are not share the cultures and the belief of our friends and our neighbor? Saya berpendapat bahawa, apa yang jiran kita ada, rakan kita ada perlu dikongsikan dan perlu difahami, sebab dan kenapa mereka mengamalkan sesuatu. Mengetahui dan memahami bukan bermakna bahawa kita membelakangkan kebudayaan atau kepercayaan kita sendiri tetapi sebagai rasa hormat antara sesama. Pegangan dan kepercayaan sendiri tetap menjadi keutamaan. Perkara paling penting dalam hal tersebut ialah keterbukaan dan kerendahan hati. (Openness and humility)
Nilai-nilai murni yang sesuai mungkin kita boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian, misalnya. Aplikasi bukan bermakna, mengaplikasikan atau mengasimilasikan secara sembarangan tetapi bersesuaian dengan kebudayaan dan kepercayaan serta pegangan kita. Harapanku untuk negaraku Malaysia, semoga keharmonian, perpaduan, keamanan, dan kemakmuran akan tetap dipelihara dan dijaga senantiasa. Walaupun, banyak isu-isu sensitif yang timbul dan agenda yang merupahan sebahagian daripada propoganda pihak-pihak tertentu yang individualistik bagi mencapai impian dan cita serta impian darsawarsa tetapi keyakinanku tetap ada sebab "DIA" menyayangi Malaysia. Semoga para pemimpin Malaysia mempunyai kerendahan diri, kesabaran dan takut akan Tuhan sepanjang tahun ini dan seterusnya.
Belum terlambat lagi untuk mengucapkan Happy New Year 2013, semoga impian, cita-cita dan impian yang kita impikan akan menjadi kenyataan bahkan menjadi kepunyaan dan milik kita...
::: Agi idup agi ngelaban & Kagaraso, koinsiribaaon om karalamo do ginawo om pomusarahan mogowi do kosimbayanan dati tikid tadau !!!:::
No comments:
Post a Comment