Sunday 9 February 2014

The name of 'Sahabat'

Saya masih muda, awal dewasa dan baharu sahaja meninggalkan zaman remaja. Zaman kanak-kanak sudah lama ditinggalkan. Sikap kekanak-kanakan semakin hampir tiada tetapi kadang-kadang sikap itu mungkin datang secara tiba-tiba atau secara tidak disedari. Saya akui hal tersebut apabila bersama dengan individu-individu yang rapat dengan saya atau saya rapat. Seingat saya, saya tidak pernah bermanja dengan insan yang bernama abang. Mungkin disebabkan abang saya tegas atau sebaliknya. Hal yang pasti, saya hormat dengan abang saya. Idola saya sehingga menamatkan pengajian tinggi hampir setahun yang lalu. 

     Berkenalan dengan semua orang merupakan 'passion' saya. Saya meganggap saya seorang yang suka berkawan, mesra, mudah didekati, suka ketawa dan senyum dan pemalu. Bagi saya, sahabat tu sebahagian daripada hidup saya. Maksud saya, proses saya untuk bertumbuh, belajar, matang dan sebagainya.  

    Anugerah sahabat yang Tuhan berikan kepada saya ialah pada malam 25 Disember 2013. Saya pertemuan tersebut bukan kebetulan tetapi sememangnya telah direncanakan oleh Dia. Saya berkenalan dengan individu ini sewaktu saya menjalani latihan industri di salam sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di sekitar Kota Kinabalu dan akhirnya saya meminta nombor telefon induvidu itu. Kini, individu itu menjadi Abang Rohani saya. 

      Saya tidak pernah terfikir semua ini berlaku dalam hidup saya. Dan, saya tidak berfikir itu kebetulan. Ada yang mengatakan, itu hanya kebetulan. No, your definition is totally wrong. Saya sangat yakin dan percaya semuanya kerana rencana-Nya yang sungguh indah. 

        Hal yang saya fikir unik dan saya sangat terharu adalah saya boleh bermanja, menangis dan meluahkan atau mengongsikan masalah saya. Terlalu banyak pengalaman dan input baharu yang telah dikongsikan. Saya sebenarnya sangat memerlukannya. Sebah dan kenapa, semua pasti tahu kenapa dan sebab. Ada cendekiawan yang berkata 'Guru yang terbaik dalam kehidupan manusia ialah pengalaman'. Tidak bermakna saya menidakkan kemampuan guru di sekolah atau tenaga pengajar di IPT. Bagi saya, saya paling rapat dengan pengalaman yang pernah hadir dalam kehidupan saya. Kita boleh rapat dengan guru tetapi pada suatu masa kita pasti akan terpisah dengan guru, tutor atau pensyarah. Saya telah melaluinya, dan itu sebab saya berpendapat sedemikian. 

       Kadangkala, saya menangis sendiri ketika berdoa. Terharu dan bersyukur untuk segala sesuatu yang telah diberikan. Bukan satu, sepuluh atau beribu tetapi 'infinity'; tidak mampu diperhitungkan. Woww!! Amazing grace... Saya rindu bertemu dengan individu ini. May God bless his abundantly; job and ministry...


Kota Kinabalu,

With peace and love!!

No comments:

Post a Comment