Sunday 5 January 2014

Memuji dan Menyembah Mu

        Kami berhimpun di sini di hadirat Mu
        Dengan segenap hati dan bersyukur
        Kebaikan Mu oh Tuhan
        S'lalu kami ingati 
        Jiwa raga kami
        Kan memuji bagi nama Mu

Engkaulah Pengasih dan Maha Penyayang
Kasih dan sabar Mu sungguh melimpah
Engkau mahkotai kami dengan kasih dan rahmat
Betapa besar kasih dan setia Mu

   reff:  Tangan kami angkat
            Ke tempat yang kudus
            Memuji nama Mu kini dan selamanya
            Agung dan kudus nama Mu oh Tuhan
            Selama-lama kami puji dan sembah Mu

Keagungan Mu
Amatlah bersemarak
Takkan pudar kasih setiamu oh Tuhan
Puji dan syukur dan tinggikan nama Mu
Dengan alunan lagu agungan nama Mu. 


  • Aku hendak bersyukur kepada Mu, dengan segenap hatiku. Aku hendak sujud ke arah bait Mu yang kudus dan memuji nama Mu. Oleh kerana kasih Mu, dan oleh kerana setia Mu. Sebab Kau buat nama Mu dan janji Mu melebihi segala sesuatu. Amen...


Lagu & Lirik: Jaikul Severinus Tating >> Lagu Rohani Kristian: Memuji dan Menyembah Mu

No comments:

Post a Comment