Monday 28 May 2012

::: ANDAIKU HARUS MEMILIH-JULITA MANIK :::



KASIH SETIA-MU TUHAN
LEBIH DARI HIDUPKU
JALAN-JALAN-MU YA TUHAN
TERBAIK BAGIKU


DARI S'MUA YANG KAU KATAKAN
TIADA DUSTA KUTEMUI
DARI S'MUA YANG KAU JANJIKAN
TIADA YANG TAK TERPERNUHI



ANDAIKAN KU HARUS MEMILIH
TETAP HATIKU PADA-MU
TAK SATU PUN DAPAT MENGGANTIKAN-MU
HANYA KAU YANG BERARTI BAGIKU


LEBIH DARI SEMUA YANG ADA
KAULAH S'GALANYA BAGIKU
TAK INGIN KUBERPALING DARI-MU
S'LAMANYA KU AKAN MENYEMBAH-MU
TUHAN




# You is my first Lord. Thanks for your kindness, grace and mercy..Thanks for every breath that you gave me..


Friday 11 May 2012

Teori Asal Usul Kaum KadazanDusun


Menurut sumber akademik, terdapat 2 teori mengenai asal usul kaum Dusun di Sabah. Pertama, kaum Dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara. Dalam kajian mereka, saintis sosial dan ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun. Teori yang kedua, asal-usul dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang Annam dari Myanmar (Low Kok On, 2005).
             Menurut cerita lisan penduduk, masyarakat Dusun merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya Siminundu. Walaubagaimanapun, kebenaran mitos ini hanya didukung oleh masyarakat Dusun tradisional sahaja. Ekoran daripada kemasukan agama fahaman monotheisme khususnya Islam dan Kristian maka generasi sekarang lebih bersifat logistik dan telah mengenepikan mitos tradisional mengenai asal usul mereka yang bersifat metafizik.
           Sejak kemasukan kolonialisme pada tahun 1865 dan tersebarnya fahaman monotheisme di kalangan masyarakat Dusun sejak tahun 1970-an, cara hidup orang Dusun mula berubah namun demikian masih terdapat khazanah-khazanah berharga yang masih utuh dan tidak dimakan zaman. Khazanah-khazanah berharga ini merujuk kepada warisan cara hidup tradisi dari segi adat, sistem kepercayaan tradisional, budaya dan sebagainya termasuklah dari sudut kesenian. Kesenian merupakan salah satu aspek warisan yang kekal dan terpelihara sehingga sekarang ekoran pengaplikasiannya ke dalam kehidupan seharian. Hal ini senang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Dusun sehingga sekarang disebabkan tidak memerlukan proses yang sukar, tambahan pula aspek kesenian ini boleh diikuti dengan mudah dan jarang bertentangan dengan hukum agama monotheisme yang dianuti oleh masyarakat Dusun sekarang ini.
        Salah satu aspek kesenian yang amat popular dan diterima ramai dalam masyarakat Dusun ialah seni nyanyian tradisional. Seni nyanyian ini bukan sahaja digemari oleh masyarakat Dusun malah disukai oleh masyarakat lainnya di Sabah. Nyanyian yang sering dinyanyikan oleh masyarakat natif Sabah adalah berdasarkan kepada bahasa atau dialek etnik masing-masing. Masyarakat Dusun menyanyikan lagu mereka dalam bahasa Dusun, namun demikian terdapat lagu-lagu ciptaan yang dicampuradukkan bahasanya dengan etnik lain yang hampir sama. Seni nyanyian ini turut menjadi salah satu identiti masyarakat natif di Sabah kerana ianya agak unik dan berbeza-beza mengikut suku.

SUMBER: http://myvoiceeheart.blogspot.com/2010/03/asal-usul-suku-kaum-dusun-di-sabah.html 

Accessed on May, 31, 2010.

* Teori tidak bermakna bahawa dapatan mereka itu benar. Saya yakin bahawa, para pengkaji Sains Sosial banyak membuat andaian dan tafsiran terutamanya dari segi persamaan budaya, latar belakang, cara hidup, ciri-ciri fizikal dan sebagainya yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat.

 

:: Teori Sains Sosial Mengenai Suku Kaum Kadazan Dusun ::

Terdapat Sekurang-Kurangnya Empat Teori Mengenai Asal-Usul Kaum Kadazandusun.

Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965);

Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965).

Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:1922;

Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.


* Kebenaran teori ini tidak diketahui. Tetapi, saya sangat tidak bersetuju dengan Teori Keempat yang menyatakan bahawa Kaum KadazanDusun berasal daripada keturunan orang purba Gua Madai. Majoriti KadazanDusun menetap di kawasan Pantai Barat Sabah iaitu daripada Kudat sehingga Sipitang. Nenek saya pun tidak pernah bercerita tentang Gua Madai, hanya cerita dongeng yang menyatakan orang Dusun pertama keluar dari pohon ara atau nunuk yang sangat besar. Nunuk itu ada di Kampung Nunuk Ragang, Ranau.