Saturday, 21 June 2014

Perjalanan sebuah Pengalaman

Hampir 5 bulan aku berada di sini. Hal yang sangat jelas bagiku adalah alam pekerjaan dan zaman 'study' merupakan dua pengalaman yang agak berbeza. Yang pasti tekanan, kerja dan situasi serta keadaan yang jauh berbeza. Sistem pelaporan dan juga tekanan daripada pihak atasan kadangkala mengingatkanku zaman menjadi mahasiswa hampir setahun yang lalu. Sistem Key Performance Index yang ku paling tidak suka. Tetapi apakan daya untuk menolak semuanya. 

       Aku menulis sebegini tidak bermakna aku merungut. No, I haven't intention untuk sedemikian tetapi jauh dalam hati aku bersyukur dan gembira aku mampu melalui tiga bulan pertama yang ku rasakan perit. Memasuki suatu bidang yang tidak pernah ku jangka akan kerja umpamanya membuatkan ku seperti terkapai-kapai. Tanpa ada pengalaman, pengetahuan yang banyak; semuanya bermain difikiranku. Semuanya membuatkanku takut, risau, tidak yakin dan menarik nafas panjang dan sedalamnya. 

Wisma Ramai-Ramai, Lahad Datu Sabah , June 2014            
         Without experience and knowledge in one thing is not our reason to perform well. No!! It is not like that. Even though it's quite hard and stressed you, you can't say that I can't perform well. As long as you have effort, doing something honestly and don't ever merungut. Banyak hal sebenarnya yang aku sedari dalam diriku. Yang akhirnya membuatkanku rendah diri, malu, segan dan kerdil. But, bekerja dengan individu yang jauh lebih dewasa dan matang daripadaku benar-benar menyeronokkan. 

      Terlalu banyak sebenarnya yang aku mahu masukkan disini tetapi aku tidak mampu menaik dan menyatakan satu persatu. Yang pasti, aku gembira dengan apa yang aku ada sekarang. Tidak bermakna aku puas dan semuanya memadai. Tetapi, semuanya merupakan suatu permulaan yang cukup lumayan bagiku untuk meneruskan dan mencari siapa diriku yang sebenar. Memperbaiki diriku sendiri; pembawaan terutamanya.

          Perjalananku untuk memburu level seterusnya belum lagi bermula. Aku kadangkala bertanya pada diriku sendiri sama sama ada aku mampu mencapainya. Dan hati kecilku menyatakan bahawa aku mampu melakukan semuanya. MBA atau MSC merupakan impian terbesarku selepas ini. Kata-kata penyelia tesisku dulu masih terngiang-ngiang dalam telingaku. Yeah!! Aku bisa!!

..................bersambung.
    
Mr. A. Jagroe,
Kota Kinabalu, Sabah.
0157am

No comments:

Post a Comment