Kebiasaanya mereka yang berbadan kurus lebih mudah untuk berfesyen kerana senang untuk memilih saiz baju dan sebagainya. Namun bagi orang yang terlalu kurus, mereka juga mempunyai masalah mereka yang tersendiri. Bukan orang yang berbadan besar sahaja yang ada masalah nak beli baju kerana tidak ada saiz, tetapi orang yang kurus pun ada masalah dalam berfesyen kerana sukar memilih pakaian yang tidak nampak seperti memakai pakaian besar.
Oleh itu, di sini kami ada beberapa tips untuk jejaka yang berbadan kurus untuk kelihatan lebih maskulin dan sesuai dengan bentuk badan:
- Elakkan dari memakai pakaian yang berbentuk 'fit' kerana ianya bukan membuatkan anda lagi nampak kurus tetapi akan lebih membuatkan anda seperti tengkorak. Sebaiknya pilihlah pakaian mengikut saiz badan dan cubalah terlebih dahulu pakaian yang ingin dibeli dan jika tidak yakin minta pandangan daripada orang lain.
- Pilih pakaian yang mempunyai banyak corak seperti berbelang, berbunga dan yang ada tulisan kerana pakaian yang bercorak akan mengurangkan fokus pada tubuh badan dan pandangan mereka lebih tertarik dengan pakaian yang anda pakai.
- Sekiranya ingin memakai T-shirt, pilihlah yang berkolar dan elakkan dari memakai pakaian yang mempunyai corak leher v atau bulat kerana T-shirt yang berkolar akan menampak dada kelihatan lebih bidang dan tegap.
- Akhir sekali gaya rambut juga haruslah dititikberatkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus Seeloknya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil.
Sumber: www.yahoo.com (http://my.entertainment.yahoo.com/)
No comments:
Post a Comment