Friday, 21 December 2012

Mengawal Peluh Yang Berlebihan

Berjalan di bawa cahaya matahari yang terik dan ditambahkan lagi dengan permukaan dan bangunan konkrit yang dan kurang tumbuh-tumbuhan menyebabkan peluhku mengalir 'deras'. Jarak antara Dewan Gugusan Kuliah yang jauh memaksaku bergerak dengan pantas untuk sampai. Peluhku semakin deras dan membuatku malu apabila ramai yang menoleh kepadaku. So, aku mencari tips yang berguna untuk membantu mengurangkan masalah peluh berlebihan. 
  1.  Minum lebih banyak air.       
  • Minum lebih banyak air akan memastikan suhu badan anda rendah dan mengurangkan peluh. Ramai yang amal sebaliknya dengan mengurangkan minum. Suhu badan akan meningkat apabila kemasukan air rendah. Dalam masa sama pakai pakaian longgar yang dibuat daripada poliester dan bukannya kapas. Kapas membuat badan kering dan tidak membenarkan udara melaluinya. 

     2.  Elakkan daripada mengenakan pakaian gelap

  •  Pakaian cerah menyerap kurang haba berbanding pakaian gelap. Kurang haba bermaksud kurang peluh dihasilkan. Cuba elak daripada tempat-tempat yang mempunyai aliran udara yang sedikit atau tiada langsung. Mandi akan membantu menyejukkan badan anda. Mandi juga membantu menjaga kulit dengan membersihkan, mengurangkan bau yang dikaitkan dengan peluh. Gunakan sabun antibakteria untuk mencuci badan untuk mengurangkan kuman pada kulit. Bakteria adalah penyebab bau badan yang dikaitkan dengan berpeluh.

     3. Memakai produk antiperspirant atau deodorant 

  • Produk antiperspirant atau deodoranmempunyai badan yang mengurangkan keupayaan badan untuk berpeluh. Sesetengah produk adalah kombinasi kedua-duanya dan bekerja dengan baik mengawal jumlah peluh dan membantu menutup aroma peluh.
    4.  Elakkan meminum minuman yang mempunyai kandungan kafein atau fat burner.
  •  Elakkan minuman berkafein seperti coca-cola, fat burner yang kebanyakan tinggi kafein, kopi dan sebagainya. Elakkan juga minuman alkohol. Elakkan makanan yang meningkatkan keperluan badan untuk berpeluh seperti kari, makanan pedas, bawang, bawang putih, daging merah dan mana-mana makanan yang mempunyai bau yang kuat. Tingkatkan pengambilan sayuran hijau. Kebanyakan sayuran hijau membantu mengurangkan keinginan badan untuk berpeluh.
    5.  Petua baking soda.
  • Terdapat beberapa petua yang mungkin membantu sesetengah orang, sepeti mengunakan baking soda dan air. Sapukan baking soda dan air ke tempat berpeluh seperti ketiak dan biarkannya kering. Buat beberapa kali dalam sehari untuk beberapa hari. Ia membantu kebanyakan orang mengurangkan peluh.


Sumber: +http://zakikhan.net/peluh-berlebihan/



    2 comments:

    1. Bro mesti udah kena... haha... sy pun ada kena juga. Take note sy ni. =)

      ReplyDelete
      Replies
      1. hahah...iya sis.. rasa x selesa dan malu kalau basah2 sebab bepeluh..

        Delete