Wednesday, 17 October 2012

Aku Menyayangi Hatiku...

Terlalu banyak yang perlu dipertimbangkan dalam hidup. Perlu mengambil kira semua perkara. Andai terlepas suatu perkara maka ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin itulah yang berlaku yang Aku terlepas pandang beberapa minggu yang lalu. Kini, Aku menyibukkan diri dengan  tugasan dan kelas yang entah bila berkesudahan. Satu caraku untuk melupakan kepahitan dan kesedihanku.

Beberapa minggu yang telah berlalu, Aku tidak sedar bahawa Aku terasa Aku sangat malu dengan suatu perkara. Tindakan kawanku sendiri yang mungkin pada orang lain tidak apa-apa tetapi pada waktu itu terasa muka ku terasa merah dan panas. Aku terasa malu oleh kawan seperjuanganku sendiri. Aku cuba untuk membalas tetapi Aku tidak mampu. 

Beberapa hari yang lalu, Aku menghantar mesej sebagai 'sharing'ku kepada rakan-rakan seperjuanganku. Aku, terkejut dan sedikit sakit hati kerana peristiwa sebelumnya diungkit. Aku sudah melupakan tetapi kini kata-kata tersebut begitu 'subur' dalam fikiran. Kalaulah otak ini boleh kena 'format'...

Tidak mengapa, peristiwa tersebut mengajar Aku untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Syukur tidak terhingga kerana peristiwa itu 'mengajar' dan menjadikan hatiku lebih kuat berbanding sebelumnya.

Agak sukar untuk menjaga hati orang dan mengorbankan hati sendiri. Aku sudah tidak mampu untuk membiarkan hati ini sakit semata-mata untuk menjaga hati orang lain dalam semua hal. Aku mengasihi anda dan Aku menyayangi hatiku...


No comments:

Post a Comment