Cuti pertengahan semester baru sahaja berahir. Tidak bercuti bahkan masih dalam mood cuti tetapi mahu tidak mahu terpaksa mempersiapkan hati dan mental untuk kuliah bermula hari ini... Selama seminggu bercuti, hanya sehari sahaja yang betul-betul free. Busy dengan church camp di Pendang Lake Resort. Banyak perkara baru yang dipelajari lewat daripada camp. Bagaimana mengendalikan sesuatu acara, program dan paling penting dapat menambahkan lagi ilmu berkaitan dengan kerjasama. Walaupun penat tetapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar walaupun tidak 'perfect'. Saya yakin dan percaya bahawa Tuhan tidak melihat kesempurnaan tetapi melihat hati yang benar. Thanks Lord.
Kenangan abadi kita bersama. God Bless Us.
Worship Camp FGCC Changlun, gabungan antara pelajar dari Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dan jemaat dari FGCC Alor Setar. Speaker undangan dari Kajang, Selangor. Thanks Rev. Pst. Jeremiah. God bless your ministry.
Suatu kenangan dan pengalaman yang sangat bermakna yang menjadi panduang dalam kehidupan pada masa akan datang. Mungkin ada yang belum mampu saya fahami dalam usia yang muda tetapi saya optimis bahawa semuanya akan menjadi panduan serta bakal menjadi kekuatan saya untuk berhadapan dengan kehidupan pada masa akan datang. Amen.
No comments:
Post a Comment