Sunday, 28 April 2013

:: End of April ::

Hampir sebulanku tak mengemaskini blog ini. Sangat sibuk dengan komitmen lain. Assignments, discussions, camp, exam and interview dan juga tesis. Hari-hari dan minggu-minggu yang sangat memenatkan dan stress kini dah berlalu. Now, boleh bernafas dengan lancar.

Khamis lalu merupakan minggu yang sangat menyeronokkan bagiku. Sewaktu presentation, satu-satunya group yang tidak diberi komen. Penyediaan pembentangan yang sangat baik dan kreatif kata Dr dan penyampaian yang sangat berkesan. Sooo, happy. Bayangkan setelah ambil masa menyediakan slides yang mengambil beberapa jam. Wahh!! Stress dan kepenatan berbayar. Thanks God!!!

Now, I concentrated to my thesis. Aku tak sabar nak menyiapkannya. Tak sabar nak lihat buku yang aku hasilkan sendiri. Mungkin, kurang baik atau kurang memuaskan pada pandangan orang lain tetapi aku puas sebab aku dah lakukan yang terbaik dan usaha serta pengorbanan yang tak mampu aku bayangkan. Bukan nak berkira tetapi aku percaya bahawa aku dah buat yang terbaik. 

Tinggal 2 bulan lagi nak habiskan pengajian. Tak sabar rasanya tetapi aku nervous dan risau pula di luar sana. Adakah aku dapat menyesuaikan diri dengan dunia pekerjaan sebenar. Aku pasti. I can do it!! ChayoChayo!! 

My lecturer and My Supervisor told me something 2 weeks ago. "The peoples never aware what and about their potential until their do something that haven't any confidence to do it well" or kita or manusia takkan mengetahui potensi mereka sehingga mereka berjaya melalukan sesuatu yang mereka fikirkan tidak boleh. Itu akan menjadikan mereka lebih yakin terhadap diri sendiri dan paling penting internal motivation untuk go ahead. Kekal dan tersimpan selamanya menjadi pengalaman yang sangat berharga. Pengalaman merupakan aspek yang membezakan seseorang dengan orang lain. 



Uni. Utara Malaysia, Sintok
~Jagroe Obertz2010-13~

Wednesday, 3 April 2013

:: Antara Bayu Sintok dan Bayu Kinabalu ::

Dedaunan meliuk-liuk ditiup angin senja, seolah melambai-lambai ke arahku. Demikian juga hatiku. Mungkinkah aku melambai untuk mengucapkan selamat jalan buat cintaku...? Aku tak tahu bagaimana nak menggambarkan perasaanku saat ini. Aku mencintai dan menyayangi dia. Tapi aku tahu mungkin dia tak mencintaiku. Petang semalam dia menghantar pesanan ringkas (SMS) bertanya khabar. Aku kaget dan tersenyum kerana selama ini aku menahan diriku untuk tidak berhubung dengannya. 

Oh. Aku sangat mula menyayangi dia. Bagaimana aku harus membuang perasaan ini. Membutakan perasaanku, aku benci sebegini. Namun, dia nun jauh di sana. Laut China Selatan memisahkan kami. Aku di selatan negara Gajah Putih dan dia di 'Land Below The Wind'. Sayup-sayup puncak Kinabalu kelihatan di imaginasiku. Manakala si dia tersenyum dan gembira dengan pekerjaannya di Jesselton. 

Ahh!! Aku menyayangi dia. Serius!! Mungkinkah dia masih dimiliki oleh orang lain. Tetapi, dia berkata padaku 'Hubungannya tak boleh diselamatkan lagi'. Dia kata 'Aku menjadi pengganti'. Oo, jangan berikan aku harapan. Aku benci kecewa. Membunuh semangat dan perasaanku. 

Aku berharap, aku akan muncul dalam mimpinya dan dia akan menyapa aku dalam lena. Aku berharap aku dapat memeluk mimpi itu, takkan biarkan dia pergi. Dia kata dia akan datang ke sini hujung bulan ini. Aku harap aku ada kesempatan ketemu dengannya. Ianya bukan benda yang gampang tapi tiada yang menghalang kalau dapat berjumpa. Aku menyayang dia dan aku harap akau punya kesempatan dan diberi peluang mengasihi dan menyintai dia...

Aku berharap angin Sintok malam ini akan bertiup sehingga ke seberang sana, bertemu dengan bayu Kinabalu, bergabung erat dan membantuku membelai dan meniupkan ke telinganya dengan lembut bahawa aku mencintainya... Tuhan jagakan dia...