Friday, 9 November 2012

:: Pomogunan Poimponu Koingoritan ::


Pomogunan diti poimponu Koingoritan,
Au ka'anu manahak kosimnayanan,
Tikid maso mogotuang do pogumbalan,
Au karati pomusarahanku

Soira Ogumu pogumbalan dii rumikot,
Kopuriman ko noh oluhoi,
Ababasan do sumambayang,
Gisom aratu id dosa.

Iyaa noh Tuhan ih sondihonku,
Iyaa noh Tuhan ih pagandasan,
Au ku mogidu mantad kotumbayaan ku,
Poing’igit kasari dii batos Nu,

Soira ogumu pongumbalan dii rumikot,
Kopuriman noh do oluhoi,
Sinundu rusod do tolidang Nu,
Momogompi kotumbayaan ku.



 
 # Lagu Rohani (originally from Dusun Language) 
yang memberikan semangat dan inspirasi 
untukku berhadapan kehidupan seharian 
yang penuh dengan  pelbagai pencobaan. 
Selama dan hampir 2 tahun setengah, 
akhirnya aku berjaya mendapatkan
lagu ini. Thanks for those who created it. 
Anywhere you go, whatever difficulties that you face, 
be strong and courage in God, if you find the solutions, 
and if you think that it will help you, and you already pray for that,
go on, never looking backward. Surely, you will find
the right path. Because God will lead us massively. 


Saturday, 3 November 2012

::This is my Choice and Please do not Force me::

Kadangkala kita mungkin berhadapan dengan dilema sama ada kita yang mengambil  keputusan kita sendiri atau mengorbankan perasaan dan pilihan kita semata-mata untuk mengambil hati orang lain. Bunyinya seperti pelik tetapi kita kadangkala berhadapan dengan situasi sedemikian. Ada yang mungkin terpaksa mengorbankan pilihan dan keputusan sendiri semata-mata mengambil hati orang lain dan mengorbankan perasaan sendiri.
 Suatu ketika dahulu, aku pernah berkata bahawa Aku rela mengorbankan perasaan sendiri semata-mata untuk mengambil hati orang lain. Kononnya, mengelak supaya orang lain atau sahabat sendiri kecewa, sakit hati atau merajuk. Pelik tetapi itulah yang pernah aku lakukukan dulu. Aku juga pernah berkata bahawa aku rela disakiti daripada aku menyakitkan hati orang lain.

Kini, selepas mengalami semuanya. Pengalaman berhadapan dengan orang ramai yang terdiri daripada agama, kaum, bangsa dan latar belakang yang berbeza membuatkan aku mengubah semuanya. Perbezaan latar belakang sebenarnya sangat bagus kerana membantu kita bagaimana untuk berkomunikasi(terutamanya) dengan lebih baik tetepi kepelbagaian ragam, sikap dalam hal-hal tertentu kadangkala mendatangkan atau memberikan kesukaran kepada kita. Komitmen dan cara terutamanya yang kadangkala memaksa saya berfikir 10 kali. 

Daripada pengalaman itu, aku paling tidak suka apabila aku dipaksa dan terpaksa untuk mengambil keputusan yang aku sangat tidak suka.  Mengikuti, menyertai dan melakukan sesuatu perkara yang aku tidak rela buat aku rasa bersalah, tidak ikhlas dan tidak mampu melakukannya dengan baik. Apatah lagi kalau individu-individu tertentu sering bertanya dan menuntut. Kelihatan dan kedengaran seperti bukan paksaan atau bukan memaksa tetapi bagiku, itu paksaan yang lembut. Satu perkara lagi yang aku paling tidak suka dan kalau boleh aku mahu luahkan ialah orang lain mengambil keputusan sendiri tanpa bertanya terlebih dahulu. 

Mungkin, kadangkala aku yang silap dan salah. Menyakitkan orang lain tanpa aku sedari atau gurauan yang "Alamak terlebih sudah". Namun, aku tidak mampu menjadi hipokrit 40% kerana aku sebenarnya manusia jenis yang suka bergurau, ketawa dan kandangkala "mulau-ulau"(Gila-Gila). Aku juga mungkin termengumpat atau mengambil atau termengambil keputusan yang lambat, silap atau salah.

Mungkin inilah yang dikatakan dengan asam garam sebuah kehudidupan. Ramai yang berkata bahawa ' Itu takdir kau, sudah ditentukan kau seperti itu'. Aduhai, seolah-olah  memang nasibku pula. Mereka mungkin ada fakta sebab dan kenapa berkata sedemikian tetapi aku pula ada prinsip tersendiri untuk menolak takdir itu. Aku yakin dan percaya bahawa Dia(Tuhan) tidak pernah dan tidak akan merencanakan yang buruk buatku apatah lagi menetapkan perkara-perkara yang tidak baik berlaku dalam kehidupanku. Aku percaya bahawa, Dia mengizinkan persoalan dan masalah 'datang' dan 'masuk' dalam kehidupan kerana Dia ada rencana dan tujuan yang baik untuk aku. Aku percaya aku akan dikuatkan, tabah dan bersemangat lewat semua persoalan yang aku hadapi.
Namun, satu perkara yang perlu kita ingat bahawa, manusia mempunyai banyak perbedaan. Mungkin kita kadangkala kita menginginkan dan mahukan supaya mengenali orang yang baik dan kita percaya serta memahami kita tetapi faktanya sangat sukar sebenarnya untuk punyai rakan, khususnya yang seperti ini. Orang kata 1 dalam seribu. Satu perkara lagi bahawa, tiada yang lebih baik daripada Dia(Tuhan). Pada saat orang lain memaksa, mengecewakan dan membuat kita jatuh dan akhirnya ketawa, ketahui bahawa Dia tetap ada dekat dengan kita. Dia tidak pernah membuat kita kecewa, memaksa kita atau apapun kecuali diri kita sendiri yang kecewa dengan Tuhan. Bahkan Dia lebih daripada seorang Ibu yang mengandungkan dan melahirkan kita. Semangat, kekuatan, dan kesabaran itu mampu kita perolehi melalui Dia, kita belajar daripada kesilapan kita sendiri dan orang lain serta persekitaran kita. Kita tidak hanya bersabar tetapi belajar untuk menerima kemudian melupakan kesakitan dan kekecewaan dan akhirnya kasih(cinta,sayang,love) akan bersemi. Bukan cinta monyet, bukan cinta "Do you love me? Lets get marriage" atau 'Lets Couple" tetapi cinta dan kasih sayang sesama manusia.